Saturday, 28 January 2012

Resepi Kuih Apam Seri Ayu :D


Assalamuailaikum,hee dan selamat malam semua.hari ni saya ada cuba buat kuih Apam Seri Ayu.hee nih  la hasilnya.yang baru siap pada petang tadik.heheh.balik je tusyen terus buat.wahh ! macam master chef malaysia pulak.hohoho.comel kan.pertama kali buat,tak sangka jadi.tapi alhamdulillah la jadi kan.saya nak kongsi dengan pembaca blogg terutama pada my follower resepi untuk membuat kuih Apam Seri Ayu nihh.hehhe harap korang cuba.insyAllah dengan hati suci,pasti jadi.heheh :D

Bahan-bahan (40 biji) :

* 3 biji telur
* 240 gram gula pasir
* 240 ml santan/susu cair
* 1 camca perisa pandan
* 270 gram tepung gandum
* 1 camca ovelate
* 1 camca perwarna hijau(ikut kalau nak warna pekat lebihkan sedikit)
* 1 camca perisan padan(kalau nak bau padan lebih tambahkan lebih)

Bahan kelapa :

* 1 camca tepung kanji/ubi
* 1/2 biji kelapa parut(putih sahaja)
* sedikit garam.

Cara-caranya : 

* 3 biji telur dicampur bersama gula pasir,pukul hingga kembang.
* kemudian masukkan ovelate.
* pukul dengan kelajuan tinggi.
* kemudian,masukkan susu/santan.dan terus pukul dengan kelajuan sederhana.
* dan masuk kan pulak tepung sikit demi sikit.
* setelah semua bahan telah masuk,masukkan pula perwarna dan perasa pandan.
* sapukan sedikit minyak pada acuan.(acuan boleh dapat di kedai)
* ambik sedikit kelapa,dimasukkan ke dalam acuan,tekan sehingga padat.jangan terlalu banyak.cukup dalam 1 inci.
* kemudian tuangkan adunan yang telah siap di pukul keatas acuan yang telah berisi kelapa tadi.
*kukus selama 15 minit.

nih la resepi dan cara cara membuat kuih Apam Seri Ayu.kalau korang minat.boleh la cuba.sedap sangat bila makan bersama keluarga di waktu petang.hehehh.harap anda enjoy dengan update saya pada kali ini.heheh.apa sebarang pertanyaan boleh la comment.heee,thank you kerana sudi baca dan cuba.sampai disini sahaja la update pada kali ini.selamat mencuba.Assalamuailaikum dan selamat malam :) boii :D

No comments:

Post a Comment